Wednesday, January 27, 2010

EVO SHOPPING PLAN

EVO SHOPPING PLAN

Ini adalah satu konsep perniagaan baru yang akan dilancarkan pada bulan Mac 2010. Kelebihan pelan syarikat CBFB ialah ianya adalah sedikit berbeza dengan mana-mana konsep perniagaan jualan langsung yang dijalankan oleh syarikat-syarikat MLM yang seumpamanya. Di sini, syarikat akan memperkenalkan 1 lagi kad iaitu Kad Evolusi di mana kita boleh membuat pindahan EV (Electonic Value : 1 EV = RM 1) dari wallet kita terus ke dalam kad ini dan ditukarkan menjadi E-point. Dari sini, kita boleh membeli produk CBF tanpa mengunakan wang tunai serta mendapat komisyen dari perbelanjaan ini. Pulangan peribadi (Personal Sale) adalah seperti berikut :

EVO SHOPPING REBATE

. 150 EV = 3% x 10 bulan (30%) = 4.5 x 10 = 45 EV
. 500 EV = 4% x 10 bulan (40%) = 20 x 10 = 200 EV
. 2,000 EV = 5% x 10 bulan (50%) = 100 x 10 = 1,000 EV
. 5,000 EV = 6% x 10 bulan (60%) = 300 x 10 = 3,000 EV
. 15,000 EV = 7% x 10 bulan (70%) = 1,050 x 10 = 10,500 EV
. 30,000 EV = 8% x 10 bulan (80%) = 2,400 x 10 = 24,000 EV
. 50,000 EV = 9% x 10 bulan (90%) = 4,500 x 10 = 45,000 EV
. 80,000 EV = 10% x 10 bulan (100%) = 8,000 x 10 = 80,000 EV

Sebagai contohnya ialah; sekiranya kita berbelanja sebanyak 150 EV (RM 150), pihak syarikat akan memberikan pulangan rebate EV ke dalam wallet kita pada bulan berikutnya sebanyak 3% (4.5 EV) x 10 bulan = 45 EV. Bukan itu sahaja, sekiranya ahli di bawah rangkaian kita juga berbelanja dengan konsep yang sama, kita juga akan mendapat komisyen atau reward dari pihak syarikat. Pembayaran bonus ini akan dikira pada setiap 15hb pada bulan yang berikutnya dalam bentuk Cek. Pembayaran komisyen adalah seperti berikut:

70% tunai yang dibayar dalam bentuk Cek
20% dimasukkan ke dalam tabung IPS Peribadi
10% dalam bentuk Loyalty Point (LP)

Lagi banyak kita berbelanja, lagi banyak rebate yang akan kita terima kembali dan lagi banyak rakan dari rangkaian kita berbelanja, lagi banyak bonus yang akan kita terima. Malahan ianya bukan sekadar untuk kita berbelanja, kita juga boleh menjual seberapa banyak yang kita mampu dan dari situ juga akan wujudnya satu lagi keunutungan tunai secara tidak langsung. Seperti yang disampaikan oleh Dr. Steve, kita bukan hanya akan menjual produk kesihatan Asia World sahaja tetapi syarikat akan mempelbagaikan lagi produk yang berjenama CBC sebagai memperingati nama yang cukup gah suatu masa dahulu. Antara produk-produk yang akan dipasarkan adalah produk kecantikan (Skin Care), sabun, Slim Wear, minyak enjin Semi dan Fully Sintetic serta pelbagai lagi produk keperluan harian. Seperti info yang diterima, syarikat hanya akan memasarkan produk-produk yang terbaik sahaja agar kita akan lebih diterima, syarikat hanya akan memasarkan produk-produk yang terbaik sahaja agar kita akan lebih fokus kepada "killer product" di mana ianya lebih mudah untuk dijual. Ini bermakna semakin banyak pilihan produk yang berkualiti, semakin tinggilah potensi penjualan mahupun untuk kegunaan diri kita sendiri. Kelebihannya yang dapat kita lihat di sini berbanding dengan lain-lain syarikat MLM, kita tidak memerlukan wang tunai, hanya mengunakan keuntungan dari Pakej Rebate sudah boleh "shopping"!! Satu konsep perniagaan MLM alaf baru. Syabas CBFB! Potensi pendapatan dari konsep ini sangatlah tinggi di mana kita akan mendapat pulangan dari 3 sumber iaitu;

. Rebate EV dari 30% sehingga ke 100%

. Komisyen dari rangkaian di bawah kita yang sudah sedia terbina

. Pulangan tunai melalui jualan produk

Selain daripada itu, kita juga akan dianugerahkan pangkat mengikut jumlah ahli serta level seperti yang tertera di dalam jadual yang dilampirkan. Dan bukan itu sahaja, sekiranya kita berada di tahap yang tertinggi (Diamond Manager - DM) kita akan mendapat satu lagi bonus tambahan dari pihak syarikat iaitu Evo Shopping Fund = 0.5%. Syarikat akan membayar ahli yang layak (DM) sebanyak 0.5% daripada jumlah keuntungan jualan bulanan syarikat (CTO - Company Turn Over) yang akan dikumpulkan selama 12 bulan. Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

. (CTO) 5,000,000 x 0.5% / 10 (DM) = RM 25,000

. RM 25,000 x 12 bulan = RM 300,000

Ianya akan dianugerahkan pada setiap penghujung tahun. Bagaimana, tidakkah ini merupakan satu pulangan yang lumayan dan tidakkah kita terfikir bahawa akan lebih ramai di kalangan ahli-ahli MLM yang akan menyertai bisnes kita dan merebut peluang ini? Oleh yang demikian dari konsep 1 itu tadi, kita boleh pula membuat sumber pendapatan tambahan kedua mahupun menambah lagi ahli di bawah rangkaian kita melalui plan ini (cari atau tajalah ahli yang memang kaki MLM ataupun networking biz, gerenti meletup!). Walau bagaimanapun plan ini adalah tidak wajib kepada setiap ahli tetapi ianya adalah satu kelebihan kepada mereka yang ingin membuat pendapatan sampingan. Sekiranya dilihat dan dikaji dari sudut pandangan kasar, adakah kita pernah terdengar dan terlihat mana-mana syarikat MLM menjalankan konsep perniagaan seumpama ini? Kebiasaanya, perlu mengunakan tunai dan bila produk terjual baru dapat pulangan bukan? Setiap bulan wajib "maintain" jualan (Kena guna duit poket & penajaan ahli baru. Memang tidak dinafikan pulangannya adalah lumayan, tetapi tidakkah ianya suatu konsep perniagaan "tradisional" yang amat memenatkan? Dan cuba kita bayangkan sekiranya ada di kalangan ahli di bawah rangkaian kita yang sememangnya bijak dalam menjual produk ataupun mereka sememangnya cukup mahir di dalam bidang jualan langsung. Tidakkah kita merasakan ianya merupakan satu kerugian kepada diri kita sendiri sekiranya tidak turut serta? Secara ringkasnya, hanya "shopping" 150 EV sahaja dari keuntungan Pakej Rebate (bukan guna duit Poket), kita akan mempunyai satu lagi sumber pendapatan tambahan. Sekarang ini adalah terpulang kepada diri kita sendiri sama ada mahu ataupun sebaliknya. Sedikit pepatah orang sukses; "peluang seharusnya direbut sebelum ianya direbut oleh orang lain". Dan sedikit pepatah daripada mereka-mereka yang mengikuti perniagaan MLM, "setiap orang memerlukan DUIT untuk kehidupan seharian mereka. Akan tetapi bagi kami yang menjalankan perniagaan MLM, ianya akan memberikan dua maksud yang berbeza iaitu. 1: sumber kewangan 2: D-oa, U-saha, I-khtiar, T-awakal".

No comments: